Sebuah taman budaya yang unik yang keseluruhnya diperbuat dari tanah liat yang baru-baru ini dibuka untuk umum, di Kota Tangshan, China.

Sejak maharaja pertama berkuasa, bangsa Cina sudah terbiasa membuat monumen super megah. Bermula dengan istana mengandungi beribu-ribu patung Terakota hingga tembok China yang terbesar adalah dua di antaranya.

Kini, mereka telah membuat sebuah taman budaya unik yang seluruhnya terbuat dari tanah liat dan baru-baru ini dibuka untuk umum, di Kota Tangshan.

Taman tersebut memaparkan berbaris-baris rumah, jalanan sibuk penuh dengan kedai dan gerabak, pejabat negara, hingga kereta kuda zaman klasik China. Ini adalah pemeliharaan terkenal dari karya Zhang Zerui, "Riverside Scene", yang menggambarkan Festival Qingming.

Tokoh utama di belakang projek luar biasa ini ialah Qin Shiping, seorang warga tempatan daerah Fengrun. Tangshan memang sejak lama dikenali dengan tradisi pembuatan seramiknya dan Qin adalah salah satu pengukir dan pelukis di sana.

Pada 2005 dia mendapat idea ini, iaitu ingin menawarkan pandangan yang unik di China. Kebetulan dia menggemari lukisan-lukisan Zhang Zherui, Qin kemudian memutuskan untuk mencipta gambaran yang lebih ketara dari lukisan itu ke dalam karya seni patung-patung tanah liat.

Qin Shiping mula mengekspresikan ideanya menjadi karya yang betul pada 2008. Ketika itu dia menyewa dua pakar patung tanah liat dan 100 pematung dan memulakan projek tersebut. Tiga tahun kemudian, taman patung tanah liat Tangshan telah selesai dan dibuka untuk umum.


Luasnya 300 x 60 meter dengan skala saiz 2 / 3 daripada saiz asal. Kos keseluruhan projek belum diumumkan, namun setahun setelah si pematung profesional itu memulakan projek, iaitu pada 2009, Qin Shiping sempat menyatakan telah melabur lebih daripada 10 juta yuan atau lebih daripada 20 bilion ringgit.