ONG KIM SWEE

ONG KIM SWEE LETAK JAWATAN

ong kim swee letak jawatan
ong kim swee letak jawatan
itu permintaan segelintir orang
yang tidak tahu hujung pangkal
yang sentiasa menunggu peluang
buat menangguk di air keruh
itu sifat biasa uniknya manusia
yang tercipta sekian lama
watak yang sudah dijangka
ong kim swee letak jawatan
apa mahu kita kesah
itu biar empunya diri tentukan
jika dia mahu teruskan
biarkanlah dia dengan tugasnya
apa tidakkah kamu lihat sumbangannya
apa tidakkah kamu lihat aksinya
apa bolehkah kamu lakukan sedemikian
usah hanya tahu menyalak
suka salahkan orang
lihat sahaja diri sendiri
entahkan betul atau tidak
ong kim swee letak jawatan
tidak rasanya…

SAYA TIDAK AKAN LETAK JAWATAN
PENGENDALI Harimau Muda, Ong Kim Swee menegaskan, beliau tidak akan meletak jawatan sebagai jurulatih meskipun menerima desakan untuk berbuat demikian. Ketika ini, segelintir pihak mengkritik prestasi hambar skuad bimbingan Kim Swee yang tewas kesemua tiga perlawanan pertama dalam saingan Kumpulan C kempen kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia.

Rentetan tiga kekalahan berturut-turut, terbaharu dijinakkan Bahrain 2-3 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad lepas, secara realistiknya anak-anak buah Kim Swee kini tidak ubah sekadar mengharapkan ‘keajaiban’ jika berhasrat mahu menjejak bumi London apabila menghuni tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata.
Menurut Kim Swee, beliau hanya akan meletakkan jawatan sekiranya merasa tidak lagi mampu mengendalikan Harimau Muda sebelum kontraknya tamat pada Mac tahun depan. “Tidak, saya tidak akan meletakkan jawatan.

Saya hanya akan berhenti jika majikan tidak lagi merasakan saya layak untuk mengemudi Harimau Muda, selain tidak akan berundur selagi mempunyai keyakinan terhadap skuad saya,” tegasnya kepada Kosmo! semalam.
Harimau Muda akan kembali membuat perhitungan dengan Bahrain pada 5 Februari 2012 di gelanggang lawan sebelum melayan kunjungan Jepun pada 22 Februari. Aksi penutup tirai menentang Syria akan berlangsung di gelanggang berkecuali pada 14 Mac 2012.

“Seminggu yang lepas, kami dijulang bagaikan wira apabila berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2011, namun sekelip mata, kami dikecam habis-habisan seolah-olah pingat emas itu langsung tidak berharga. “Bukannya kami tidak boleh dikritik, cuma kita haruslah lebih realistik. Lainlah kalau kami kalah dengan Laos dan Kemboja, itu barulah lain ceritanya,” katanya.
ong kim swee letak jawatan
sumber : kosmo,pd