Anatoly Moskvina tidak hanya seorang genius yang menguasai 13 bahasa dan mempunyai pengetahuan lebih mengenai sejarah, baru - baru ini terungkap bahawa lelaki itu juga mempunyai koleksi boneka mengerikan yang ia buat dari 26 mayat wanita yang dia ambil terus dari kubur mereka.


Penemuan ini berlaku ketika orang tua Moskvina melawat pangsapuri kecilnya di bandar Nizhny Novgorod daerah Rusia bahagian barat.

Setelah polis datang melawat tempat tinggalnya, terungkap bahawa lelaki berumur 45 tahun itu menyimpan paling tidak 26 mayat wanita berumur antara 15 hingga 26 tahun.

Dilaporkan oleh Life News, Moskvina telah melawat beratus-ratus kubur ketika malam hari dan menggali mayat di dalamnya dengan cangkul. Dia lalu menaruh mayat tersebut ke beg plastik dan membawanya pulang ke apartmen. Setelah mayat itu sampai di rumah, Moskvina lalu mendandani mayat itu dengan pakaian seperti boneka.

Menurut BNO News, Moskvina telah melawat lebih daripada 750 perkuburan. Lelaki itu dipercayai pernah tidur di dalam keranda. Pada waktu malam yang lain lagi, dia kelihatan pernah tidur di atas kerusi di kawasan perkuburan.

Moskvina adalah seorang sejarawan dan wartawan. Jirannya menyebut lelaki itu seorang genius yang menguasai 13 bahasa dan mempunyai pengetahuan tentang sejarah, di mana ia memanfaatkan pengetahuannya itu untuk mengajar di sebuah muzium tempatan. Polis sempat menahan Moskvina namun kemudian melepaskannya kembali.