Sebuah video pelaksanaan hukuman pancung lelaki berbangsa Sudan di Arab Saudi, beredar luas. Mengapa ia dilaksanakan?


Abdul Hamid Bin Hussain Bin Moustafa Al Fakki dihukum bunuh di sebuah tempat letak kereta di Kota Madinah, bulan lalu. Kelihatannya  rakyat menyaksikan hukuman lelaki Sudan yang dituduh sebagai seorang ahli nujum itu.

Dalam rakaman yang tidak diedarkan oleh Daily Mail kerana dianggap terlalu brutal itu, si algojo(pemancung)  kelihatan meluruskan pedangnya ke arah punggung dan leher Abdul Hamid. Dalam satu libasan , kepala lelaki itu langsung terpisah dari tubuhnya.

Hukuman Abdul Hamid pada 20 September itu diyakini yang ke - 44 sepanjang 2011 dan merupakan warga asing ke - 11. Jumlah  itu 17 kali lebih banyak berbanding jumlah sepanjang tahun lalu.

Jadual hukuman seterusnya adalah pada hari  Jumaat ( 4 / 11 ) akan datang, iaitu seorang juru acara televisyen yang berasal dari Lubnan, Ali Hussain Sibat. Dia dihukum mati kerana meramalkan masa depannya dalam sebuah rancangan  televisyen.

 





Inilah video pelaksanaan hukuman pancung " Abdul Hamid Bin Hussain Bin Moustafa Al Fakki " lelaki asal Sudan di Saudi Arabia

Dan berikut adalah wawancara dari algojo atau si pemancung  hukuman pancung di Saudi Arabia yang juga pernah memancung  " Ruyati "yang berasal dari Indonesia



http://www.unikaja.com/2011/11/video-hukum-pancung-pria-sudan-di-saudi.html#axzz1cVkfOc4f