Taman Negara Lençóis Maranhenses terletak di negara bahagian Maranhão, timur laut Brazil, adalah salah satu tempat yang paling mengagumkan dan unik di dunia. Suatu daerah meliputi sekitar 1000 kilometer persegi pasir putih yang halus ditempati secara kerap oleh oasis sejuk tidak berpenghujung.

Sepintas lalu. Lençóis Maranhenses kelihatan seperti pola dasar gurun. namun ini bukan gurun yang sebenarnya seperti bukit pasir Tottori. terbentang di luar lembah Amazon, kawasan ini bergantung kepada musim hujan teratur selama awal tahun. Air hujan terkumpul di lembah - lembah di antara bukit pasir membentuk lagun biru dan hijau yang benar - benar nampak dan muncul sempurna dengan keindahannya antara Julai dan September.

Daerah ini  ialah kediaman kepada pelbagai jenis ikan, walaupun hilang dari laguna semasa musim kemarau, telur mereka dibawa daripada laut oleh burung. Mangrove, pantai ,  - semacam pohon palma yang anggun - dan Sungai Preguiças menyusun kepelbagaian eksotik sebuah taman syurga di tengah padang pasir.