Mungkin anda sering mendengar istilah ' menangis darah ' untuk menunjukkan sukatan kesedihan yang luar biasa. Namun di Tangerang,Indonesia, ada seorang bayi yang benar - benar mengeluarkan darah dari matanya saat menangis.

Namanya, Muhamad Rehan. Bayi yang lahir 21 Oktober 2011 itu sudah lima kali mengeluarkan air mata darah ketika menangis kuat. Pertama kali ketika ia berusia lima hari.


Muhamad Rehan, bersama siibu dan ayah
Ibu bapa sempat mempat membawanya ke doktor pakar mata di Kabupaten Bojong, Tangerang. Namun, tak ada diagnosis yang mereka terima. " Kata doktornya tak apa - apa, keadaan Rehan normal, " ujar si ibu, Siti Muamalah.

Kata-kata doktor mungkin menenangkan pada permulaan. Namun, mereka kembali panik apabila darah kembali mengalir dari bola mata anaknya. Atas bantuan Jabatan Kesihatan, Rehan kini dalam jagaan Hospital Tangerang

Pengurusan bermula dengan pemeriksaan darah di makmal, pada awal minggu ini. Keluarga berharap gangguan kesihatan yang menimpa anaknya akan terdiagnosis.



calvino Inman
Kes seperti itu pernah menimpa beberapa warga di luar negara. Salah satunya adalah Calvino Inman, remaja laki - laki 17 tahun asal Tennessee, Amerika Syarikat, yang boleh mengeluarkan darah dari matanya tiga kali sehari. Tidak hanya ketika sedih, darah segar kerap mengalir dari matanya tanpa sebab.

Dr Barrett G Haik, Pengarah Hamilton Eye Institute Universiti Tennessee, menyebut kes menimpa Calvino sebagai haemolacria atau penyakit menangis darah. Umumnya, menimpa mereka yang mengalami trauma melampau atau kecederaan serius di kepala.



Rashida Khatoon
Haik mengatakan penyebab haemolacria masih misteri di dunia perubatan. Melalui kajian yang ia terbitkan di Journal of the American Society of Ophthalmic Plastic and Reconstructive Surgery, hanya tercatat empat kes air mata darah selama Februari 1992 hingga Januari 2003.

Dari sedikit penghidap haemolacria, ada Rashida Khatoon, 27 tahun, dan Twinkle Dwivedi, 15 tahun. Dua warga India itu juga membuat pening beberapa doktor pakar di negaranya. Mata kedua-duanya kerap melelehkan darah segar tanpa sebab.


Twinkle Dwivedi
Sama seperti Calvino, lelehan darah yang muncul dari mata Rashida dan Twinkle selalu disertai sakit kepala tak tertahan. Bola mata pun terasa perih.

Sementara Calvino dan Rashida masih boleh melakukan aktiviti normal, Twinkle perlu menjalani rawatan intensif. Yang paling memprihatinkan keadaan Twinkle. Tak hanya dari dua bola mata, darah segar juga merembes dari mulut, telinga, hidung, kulit leher, dan telapak kakinya

exel