Seorang wanita berasal dari Inggeris menderita penyakit kaki gajah jenis jarang ditemui yang boleh membunuhnya. Mandy Sellars, 36 tahun, mempunyai kaki yang sangat besar seberat 32 kg. Dia pernah memotong kakinya untuk dapat bertahan hidup.

Namun, yang membuat hairan adalah kakinya tumbuh kembali 22 bulan selepas pembedahan. Salah satu bahagian kaki memiliki berat 19 kg dan ukur keliling 1 meter.



Sellars berharap pemotongan akan menstabilkan keadaannya, tapi dia juga merasa bahawa " kaki " nya akan tumbuh lagi. Kenyataannya memang demikian, kakinya tumbuh lagi sampai tidak muat di dalam kaki palsunya dan mematahkannya kerana bertambah berat.

Kerana penyakitnya ini, Sellars akhirnya dipaksa untuk meninggalkan pekerjaannya di Royal Society di bahagian Pecegahan Kekejaman pada Haiwan, tetapi dia tetap berfikir positif.

" Saya tidak akan membiarkan hal ini mengalahkan saya. Saya bertekad untuk tetap bergerak seboleh mungkin dan berjuang untuk kebebasan saya. "

" Saya hanya perlu hidup hari demi hari, minggu demi minggu. Saya mempunyai kehidupan dan saya perlu hidup sebaik yang saya boleh. Ada banyak orang yang bernasib lebih buruk dari saya.