Hirisan keju biasanya berwarna putih pucat. Tetapi tidak untuk keju yang satu ini, kerana justeru terlihat cantik sekaligus mewah. Bagaimana tidak, terdapat taburan emas di dalamnya.

Ini adalah keju Clawson Stilton Gold yang bertabur emas asli. Harganya tentu tidak murah, sepotong keju ini  £ 60 atau rm 298.47. Sebagai tambahan, ada cracker nipis yang harganya £ 6 atau rm29.85



Dengan harga semahal itu, keju Stilton tetap mempunyai banyak peminat. Menawarkan kemewahan dan eksklusif, menurut pihak dari Long Clawson Dairy, syarikat yang menghasilkan Stilton, para sosialita dan selebriti banyak yang sudah masuk dalam senarai tunggu untuk mendapatkannya.

Keju bintang ini memang hanya akan dihasilkan secara terhad untuk perayaan Krismas. Terbuat dari Stilton premium putih dengan kombinasi real edible gold leaf dan real gold liqueur, menurut penciptanya keju ini jadi keju yang paling ' cemerlang ' di Britain.


Harganya 67 kali ganda lebih mahal dari keju Stilton biasa. Clawson Stilton Gold ini, ternyata keju Stilton termahal di dunia. Demi menjaga privasi dan eksklusif, Janice Breedon, juru Long Clawson Dairy, merahsiakan siapa saja yang sudah menempah keju mahal ini.

" Untuk alasan ke Privasi, aku tak boleh memberitahu siapa yang menempah Clawson Stilton Gold, tapi boleh dikatakan mereka cukup terkenal. Anda boleh melihat secara jelas taburan emas dalam tiap hiris keju dan kita menaburkan dalam jumlah yang banyak di dalamnya, " kata Breedon, dikutip dari Daily mail, 16 November 2011.

cotatua:wadoi, mahal tu... 2ratus satu keping, boleh beli 2 bijik henset!

uj