Tidak pernah mudah untuk melupakan kehilangan orang yang kita cintai. Begitu juga dengan Casie, 26 tahun, yang bersedih ketika kehilangan suaminya. Akibat dari rasa cinta yang begitu besar untuk suaminya, Casie bersedih dengan cara yang tidak normal.

 


 



Casie yang merupakan warga Fayetteville, Tennessee, Amerika Syarikat, mempunyai ketagihan memakan abu hasil pembakaran mayat suaminya. Hal tersebut dapat membuatnya merasa selesa.

Kedua-duanya bertemu pertama kali pada tahun 2008. Linda, ibu Casie mengatakan dua setengah tahun kehidupan Casie dengan Shawn merupakan mungkin satu-satunya masa dimana Casie benar-benar merasa bahagia. Namun, baginya dunia terasa berhenti berputar ketika Shawn meninggal tiba-tiba kerana serangan asma mendadak.

Pada awalnya, dia berkabung dengan membawa abu suaminya yang dibakar kemana pun dia pergi, termasuk kedai, pawagam, ataupun restoran. Hal tersebut menjadi lebih ekstrim ketika pada suatu hari sedikit abu si suami tumpah ke tangannya.

"Saya tidak mahu mengelapnya kerana itu adalah suami saya dan saya tidak mahu memadamnya pergi," katanya. "Jadi saya hanya menjilatnya dari jari saya."

Semenjak itu, dia tidak mampu untuk berhenti  memakannya. Sekurang-kurangnya, Casie telah memakan setengah kilo abu setakat ini dan masih tinggal 2.5 kg Casie menggambarkan rasa abu tersebut seperti telur busuk, pasir, dan habuk.

Walaupun banyak orang yang mempunyai ketagihan akan sesuatu, tetapi ketagihan yang dimiliki Casie sangat mengejutkan. Selain itu, bahan kimia yang terkandung dalam abu juga berbahaya bagi kesihatan jika ditelan.

















~ Video ~



noveloke