Tiap tahun, syarikat penerbangan Ryanair mengeluarkan kalendar amal ' DEBRA charity '. Amalan ini untuk menyokong dana agar 50 keluarga di Eropah yang mempunyai kanak-kanak dengan penyakit tertentu boleh menikmati percutian di Mallaga, Sepanyol.

Uniknya, kalendar ini dihiasi oleh pose seksi dari para pramugarinya. Tahun ini, 13 orang pramugari terpilih berpose dalam balutan kain tak cukup kain dan bikini yang diambil di beberapa tempat yang berbeza.

Syarikat tersebut telah memulakan tradisi pose seksi kalendar ini sejak tahun 2008 dan mengumpul dana sebanyak 430 ribu Pounds  hingga kini. Kalendar tersebut tersedia di dalam pesawat, kedai amal & laman dari yayasan DEBRA dengan harga 8.5 Pounds.

Pimpinan dari yayasan DEBRA, Jimmy Fearon mengakui sangat gembira boleh bekerjasama dengan Ryanair. " Dengan projek ini, ramai kanak-kanak yang kurang bertuah boleh menikmati pengalaman bercuti bersama keluarganya, " ujarnya seperti dipetik daripada Daily Mail.

Untuk mengikuti program percutian ini, yayasan tersebut dan Ryanair menerima lebih kurang 400 keluarga pendaftar setiap tahun. Daripada jumlah tersebut, kemudian para pramugari yang menjadi model dalam kalendar tersebut ikut serta memilih kanak-kanak dan keluarga yang akan pergi bercuti.