Wanita asal Tunisia mengaku sedang mengandung 12 bayi. Wanita yang enggan disebutkan namanya itu mendedahkan kehamilan ini sangat menggembirakan kerana sebelumnya si wanita mengalami dua kali keguguran. Dia dan suaminya berharap mempunyai enam anak laki - laki dan enam anak perempuan. Saat ini wanita tersebut dianggarkan sedang hamil sembilan bulan dan dalam masa menunggu melahirkan.

Namun, pakar kesihatan mengkritik keras apa dialami wanita ini. Mereka menuduh doktor yang merawat pasangan itu mempertaruhkan kesihatan serta kehidupan ibu dan bayi yang dikandung. Tidak diketahui, rawatan kesuburan apa yang mereka lakukan, tapi sai suami, bernama Marwan, mendedahkan kalau mereka mengharapkan anak kembar.

Si ibu mengungkap ingin segera memeluk bayi kembarnya dan ingin melahirkan secara normal. Tetapi menurut para pakar kehamilan itu tidak mungkin. Marwan, yang mengajar di sebuah sekolah di Gafsa, bagian barat Tunis, mengatakan kehamilan 12 bayi ini adalah sebuah keajaiban.

"Pada mulanya aku berfikir bahawa isteriku akan melahirkan kembar dua. Tetapi ditemui lebih banyak janin, " kata Marwan seperti dipetik dari Telegraph.co.uk. Keadaan tersebut menurut Simon Fisher, pakar kesuburan dari University of Oxford, sangat menakutkan. Dia mengatakan kehamilan tersebut boleh berlaku kerana pasangan mengabaikan nasihat dari doktor dengan melakukan hubungan seksual semasa rawatan.

" Peluang untuk janin hidup sangat kecil. Mungkin beberapa dari janin akan hidup tanpa masalah kesihatan tetapi risiko mereka menghadapi masalah kesihatan yang serius juga sangat besar, " kata Fisher. Keadaan ini juga sebelumnya dialami oleh seorang wanita berasal dari Amerika Syarikat, Nadia Sulaiman, tetapi jumlah bayinya tidak sebanyak wanita asal Tunisia tersebut. Pada Januari 2010, dia berjaya melahirkan lapan bayi hasil IVF ( persenyawaan buatan ).

Lalu pada Mei lalu, wanita Inggeris, Nuala Conway, melahirkan enam bayi kembar. Satu daripada empat anak perempuan dan dua anak lelakinya meninggal bulan yang lalu. Pada 1996, wanita Inggeris yang lain, Mandy Allwood, juga hamil kembar lapan setelah mengambil ubat kesuburan.

Mandy ditawarkan untuk menggugurkan beberapa janin demi memberi peluang hidup janin lain, tetapi ia menolak. Akibatnya bayi kembar lapan, enam anak laki - laki dan dua perempuan.

Sumber