" Perkuburan Beku Haiwan Raksasa "gelaran bagi utara Siberia yang mempunyai kawasan luas berlapis ais kekal. Di sini, ditemui puluhan ribu bangkai binatang mamalia yang telah beku pada masa prasejarah. Para saintis  mengemukakan, binatang - binatang tersebut mati membeku, oleh sebab itu mereka masih bertahan pada keadaan ketika beku, sehingga tubuh mereka masih dalam keadaan yang baik.

Beberapa waktu lalu, penemuan bangkai bayi mammoth ( gajah purba ) yang membeku selama 37.000 tahun di pelosok Siberia, sempat menjadi bahan perbualan hangat di beberapa media massa di seluruh dunia. Bayi mammoth ini ditemui oleh seorang penggembala rusa kutub di Semenanjung Yamal, Siberia bernama Yuri Khudi.

Berada di tepi sungai yang mulai cari dari keadaan beku, dia tiba - tiba melihat bahagian kepala selonggok binatang di dalam ais. Bangkai binatang yang pertama dia ingatkan  rusa yang telah mati, ternyata merupakan fosil  dari seekor bayi gajah purba ( mammoth ) berumur puluhan ribu tahun, menjadikannya sebagai penemuan fosil mammoth terbesar sampai sekarang  ini.

Menurut para saintis, hingga kini fosil mammoth yang berjaya ditemui di dunia  tulang - belulang sahaja dan itu pun boleh dikatakan sangat jarang. Penemuan bangkai mammoth yang elok boleh dikira dengan jari, dengan jumlah 3 kes ( termasuk penemuan kali ini ) dalam 200 tahun terakhir.

Kerananya, penemuan tak sengaja oleh penggembala rusa dari Rusia ini merupakan penemuan yang paling berharga dalam sejarah, terutama apabila dilihat dari peringkat pengawetan mammoth tersebut.

Berbicara mengenai tahap keawetan, bayi mammoth ini memang ditemui dalam keadaan yang hampir sempurna, lengkap dengan belalai dan kedua matanya, begitupun dengan sebahagian bulu - bulunya yang masih adal. Si penggembala rusa, mammoth ini diberi nama " Lyuba ", yang diambil dari nama isterinya sendiri.

Sebuah pemeriksaan awal dilakukan oleh sebuah pasukan pakar antarabangsa yang berkumpul di bandar Salekhard, Yamal - Nenets  selepas hari penemuannya. Dari hasil pemeriksaan, si kecil Lyuba diketahui berukuran tinggi 120 cm dan berat 50 kilogram, dengan keadaan fizikal yang kurang sempurna iaitu telinga dan ekornya yang terpotong, dikatakan kerana tergigit. Selesai pemeriksaan, Lyuba disimpan di Muzium Shemanovsky sebelum akhirnya dihantar ke universiti Jikei, Jepun.


http://jelajahunik.blogspot.com/2011/11/bayi-gajah-purba-ditemukan-utuh-di.html