Kasihan budak ini, setelah dia dirawat di Sebuah Badan Amal di Dedaab , Kenya. Satu perubahan yang dashyat berlaku padanya. Lihatlah gambar dibawah ini, anda pasti teruja sampai terpancut-pancut .



Bila pertama kali dibawa ibunya ke sebuah rumah sakit lapangan di bandar Dadaab, Kenya pada Julai 2011, badan Minhaj Gedi Farah sangat menyedihkan. Matanya terbeliak, mukanya amat tirus dan cekung, kepalanya besar tapi tubuhnya amat kecil dengan tulang -tulang yang menonjol.


Seperti diberitakan sebelumnya, semasa berusia 7 bulan Minhaj Gedi Farah hanya mempunyai berat 7 pound atau sekitar 3,17 kg. Matanya membeliak, tampak besar berbanding lebar wajah dan saiz tubuhnya secara keseluruhan yang kurus kering mirip jelankong ( tulang rangka ) hidup.


(Foto: Minhaj pada Juli 2011)

Perjuangan si ibu, Asiah Dagane membawanya jauh - jauh dari Kismayo, sebuah wilayah di Somalia yang jaraknya harus ditempuh dengan berjalan kaki selama seminggu akhirnya berbuah manis. Asiah rela melakukannya demi menyelamatkan sang buah hati dari bencana kelaparan yang membuatnya tenat kerana kekurangan nutrisi. Peluang Minhaj untuk bertahan hidup kala itu dikatakan tinggal 50 peratus, itu pun dengan syarat berat badannya harus naik 3 kali ganda dari sekarang.

Minhaj didiagnosis dengan anemia dan kekurangan gizi yang parah. Ia memerlukan pemindahan darah sebelum juga harus menjalani rawatan untuk tuberkulosis ( TB ). Namun International Rescue Committee ( IRC ) berjaya membawa budak Somalia kurus itu keluar dari ' tepi jurang ' kematian. Selama 3 bulan ia diberi makan secara intensif sehingga kini berat badan sudah naik dan kelihatan gemuk.


(Foto: Minhaj pada Agustus 2011)

Sekurang-kurangnya 3 bulan selepas Minhaj bergambar di kem pelarian Dadaab, kini ia kelihatan mempunyai pipi yang gemuk dan senyum ceria khas balita saat mendekati ulang tahun pertamanya, seperti dilaporkan news.com.au, Jumaat ( 11/11/2011 ). Dengan diberi makan intensif Plumpynut ( pes kacang berkhasiat ), kini berat badan Minhaj telah mencapai 8 kg, yang mendekati berat normal untuk kanak-kanak seusianya.





Minhaj mendapatkan bantuan dari International Rescue Committee, sebuah badan amal yang masih sangat berusaha untuk menjaga anak - anak lain seperti Minhaj untuk hidup