Gambar x-ray(ronsen) leher patah Simoncelli ( kanan )


Inilah gambar x-ray leher Simoncelli yang patah akibat kemalangan di arena perlumbaan Moto GP Litar Sepang Malaysia.

Gambar x-ray  tersebut beredar luas dengan  BlackBerry Messenger ( BBM ). Dalam foto tersebut kelihatan  tulang tengkuk Simoncelli yang patah . Patahnya tulang tersebut besar kemungkinan akibat dilanggar oleh Colin Edwards dan Valentino Rossi.


Gambar tersebut memang belum boleh dipastikan ketulenannya. Gambar tersebut hanya beredar di kalangan pengguna BlackBerry. Jika benar gambar x-ray tersebut adalah hasil pemeriksaan dari Simoncelli, sungguh mengerikan luka yang dialami pemandu Itali itu.

Seperti diberitakan sebelumnya bahawa Simoncelli mengalami kemalangan di Litar Sepang, Malaysia. Perlumbaan dihentikan apabila menginjak minit keempat ketika Simoncelli terjatuh di bahagian tengah trek dan dilanggar oleh Colin Edwards dan Valentino Rossi ketika tubuhnya meluncur di atas jalan.

Helmet yang dipakai oleh  pemandu berusia 24 tahun itu sampai terlucut  dan pegawai penjaga  perlumbaan pun mengibarkan bendera merah tanda perlumbaan dihentikan.
Simoncelli sempat dinaikkan ke ambulans menuju pusat perubatan litar, namun pukul 16.56 waktu setempat, ia menghembuskan nafas terakhirnya kerana luka yang terlalu teruk.

Terdapat luka parah di bahagian dada, leher dan kepala. Dia sempat mendapat CPR selama 45 minit agar nyawanya boleh diselamatkan, tapi tidak berjaya. Dia menghembuskan nafas terakhir pada pukul 16.56 waktu Malaysia.


http://osserem.blogspot.com/2011/11/inilah-foto-ronsen-leher-patah.html