[HM] PETALING JAYA: Selepas lebih setahun dia dan empat rakannya termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki mengambil dadah jenis ganja, pelakon komedi popular, Saiful Apek dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, bagi menghadapi pertuduhan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
 

Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 42, tampil berbaju dan seluar hitam bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu dikesan mengambil dadah iaitu ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan dekat sini, pada jam 11 malam, 12 Jun tahun lalu.

Saiful dituduh mengikut Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika disabit kesalahan.

Tiga rakannya, iaitu pengurus Gitu-Gitu Production Sdn Bhd, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28 dan dua pekerja sambilan kru produksi itu, Shaiful Baharom, 24, serta Noremy Mohamad, 28, turut didakwa atas kesalahan sama, namun semuanya minta dibicarakan.



harianmetro, http://duniacacamarba.blogspot.com/2011/11/saiful-apek-didakwa-ambil-ganja.html