Sebuah laman web restoran yang mengiklankan sajian menu daging manusia, menggegarkan masyarakat Jerman. Laman web itu mengajak sesiapa untuk menderma bahagian tubuhnya untuk dijadikan menu utama restoran bernama Flime yang terletak di Berlin.




Seperti dilaporkan oleh  Telegraph, iklan itu mengajak untuk menderma bahagian badan untuk dimakan itu menyebabkan kemarahan orang awam  di Jerman.
Iklan itu bukan hanya mengajak tetamu restoran untuk menderma sebahagian tubuhnya, tapi juga sekaligus mencari doktor bedah yang menurut mereka 'berfikiran terbuka'.
Bagi mereka yang bersedia menjadi ahli dan menderma organnya, mereka perlu bersedia untuk turut serta dalam budaya 'Kanibal-Wari'. Untuk itu, pemilik restoran akan meminta mereka mengisi borang pernyataan bersedia.
Hingga kini belum dideahkan di mana lokasi restoran yang menjana protes itu. Dalam laman disebutkan, dalam menjalankan perniagaan, restoran ini mengetengahkan  semangat kanibalisme 'Belas Kasihan' dari Suku Waricaca di Brazil.
"Kami melihat acara pesta ini merupakan tindakan rohani, yang mempunyai semangat dan kekuatan untuk mengambil nyawa makhluk hidup untuk diberikan kepada para tetamu," tulis laman web itu.
Bantahan pun memuncak. Naib Presiden Parti Kristian Demokrat Berlin Michael Braun mengatakan kepada akhbar Bold, bahawa dia telah menerima banyak surat elektronik yang mengeluh kewujudan restoran misteri itu.
"Saya beranggapan itu adalah sebuah jenaka  yang menyesatkan. Tetapi, itu sangat menjijikkan. Terutama, kerana ada kes di mana seorang warga Berlin dibunuh seorang kanibal baru-baru ini," kata Braun.
Kes yang dimaksudkan Braun itu adalah Armin Meiwes, seorang yang bersifat kanibalisme yang dihukum seumur hidup. Pada 2006, Meiwes terbukti membunuh dan memakan warga Berlin, yang menurut pengakuannya, sudah menyatakan kesediaannya untuk dimakan.
Mangsa itu bernama Bernd Jurgen Brandes, seorang jurutera komputer, yang menyatakan dirinya rela dimakan Meiwes pada 2001. Meiwes pun tidak mensia-siakan peluang itu.
Si kanibal akhirnya memotong bahagian tubuh Bernd dan memakannya. Potongan tubuh itu dimakan setelah dimasak dengan campuran bawang putih, garam, dan lada.
Santapan Meiwes itu tidak habis dalam smasa ehari. Bahkan setelah beberapa bulan dia terus menikmati bahagian-bahagian tubuh mangsa.Ketika ditahan oleh pihak  polis, Meiwes sudah menikmati hampir 20 kilogram bahagian tubuh Bernd.


masuta