Doktor Jack Kevorkian digelar sebagai Dr Death kerana membantu lebih daripada 130



 

pesakit yang sakit stadium lanjut untuk bunuh diri ( eutanasia ). Mesin pencabut nyawa yang digunakan Doktor Kevorkian begitu legendaris dan kini bersedia untuk dilelong.

Mesin pencabut nyawa yang digunakan oleh Dokter Kevorkian untuk menolong pesakit  bunuh diri ini akan dilelong akhir Oktober 2011. Lelongan tersebut akan diadakan di New York Institute of Technology di New York City dan dikoordinasi oleh David W. Streets, seniman California dan penilai barang-barang peninggalan para selebriti.

Doktor Kevorkian yang sempat kemudiannya menghuni penjara selama 8,5 tahun pada tahun 1999-2007 untuk kes pembunuhan tingkat dua ini telah meninggal dunia pada 3 Jun 2011 lalu di Bloomfield, Michigan dalam usia 83 tahun.
 Pada waktu dipenjara sembilan tahun kemudian, ia mengaku telah membantu lebih daripada 130 pesakit yang sakit teruk atau sakit kronik untuk menamatkan hidup mereka sendiri. Tidak hanya melelong mesin bunuh diri, benda - benda peninggalan Doktor Kevorkian yang akan dilelong lain adalah sweter warna biru, barang - barang peribadi, dokumen dan 13 lukisan yang telah dipamerkan di Muzium Alma di Boston.

Menurut laman rasmi David W. Streets, Doktor Kevorkian meninggalkan sebahagian besar kekayaannya untuk digunakan dalam penemuan ubat kanser untuk kanak-kanak dan keuntungan dari lelong kali ini juga akan disumbangkan untuk itu. Doktor Kevorkian didapati bersalah atas pembunuhan tingkat dua pada tahun 1999 setelah program CBS News menyiarkan video dirinya memberikan ubat mematikan pada seorang lelaki berusia 52 tahun yang menderita penyakit Lou Gehrig.

Doktor Kevorkian mendapat tahanan lapan tahun di penjara. Untuk mendapatkan izin pembebasan bersyarat, Ia berjanji tidak akan membantu orang untuk bunuh diri lagi.