Lelaki Malaysia yang berusia 32 tahun ini berkahwin dengan 21 wanita dalam masa sembilan tahun untuk memaksa wanita yang dikahwini menjadi pekerja seks komersial (PSK).Demikian seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.
Perbuatan lelaki yang namanya dirahsiakan itu terhenti setelah salah seorang isterinya diberitahu kepada polis.

 


Lelaki ini mengaku berkahwin dengan 18 wanita Malaysia dan tiga wanita dari 'jirannya' dengan surat nikah yang palsu dibuat sendiri. Wanita yang dikahwininya itu kemudian dikirim ke rumah-rumah pelacuran di pelbagai negara.Jika mereka menolak, lelaki binatang ini akan memukul mereka.

Julia( nama samaran), salah seorang isterinya, berjaya diselamatkan setelah secara diam-diam memberitahu saudaranya tentang 'neraka' perkahwinannya. Saudara dia kemudian menghubungi polis untuk mencari lelaki tersebut.


Pegawai polis Bukit Aman menemui dia dikurung di sebuah rumah di Bahau, Rabu lalu.

Lelaki itu kini ditahan untuk mempertanggungjawabkan perbuatannya. Dia bakal dijerat dengan Undang - undang Anti - perdagangan manusia tahun 2007.

uj