Cantik dengan body seksi. Itu adalah dua perkara yang selalu melekat dengan image gadis Bond. Kini, artis asal Perancis, Berenice Marlohe, disebut - sebut sebagai gadis Bond terbaru.


Dikutip dari laman People, Sabtu, 5 November 2011, pengumuman itu didedahkan saat perjumpaan untuk filem terbaru James Bond, Skyfall. Skyfall merupakan filem James Bond yang ke - 23.

Seperti dilaporkan BBC, agen 007 terbaru itu masih dibintangi oleh Daniel Craig untuk ketiga kalinya. Skyfall akan diarahkan oleh Sam Mendes, yang memenangi Oscar pada tahun 1999 untuk filem American Beauty.

Mendes mengatakan jalan cerita agen rahsia itu akan mengambil tempat di London, China, Turki, dan Scotland. Filem itu memaparkan kesetiaan Bond , kesuperiorannya, ketikamarkas perisikan M16 menghadapi serangan.

Menjadi gadis Bond, Marlohe akan bergabung dengan berderet artis cantik lain, seperti Halle Berry, Eva Green, Teri Hatcher, dan Denise Richards, yang juga tercatat berlakon sebagai gadis Bond.

Lalu, watak seperti apa yang akan ia lakonkan? " Saya akan berlakon sebagai Severine, seorang gadis yang misteri dan glamor, " katanya dalam sidang akhbar.

Filem ini akan memaparkan bintang - bintang asal negara Eropah. Selain Marlohe yang berasal dari Perancis, artis Naomie Harris berasal Inggeris pun akan berperanan sebagai seorang agen yang bernama Eve.























 


ar