Syarikat automotif asal Inggeris, Micro Scooters, mengeluarkan produk terbarunya, iaitu beg masa depan. Selain berfungsi untuk menyimpan barang, inovasi syarikat ini adalah boleh membantu pengguna bergerak ke tempat yang diingini tanpa bayaran.


Gambar: designyourtrust
Beg berwarna hitam dengan harga 250 pound sterling atau sekitar RM 3,5 ribu ini sekilas tak ada bezanya dengan tempat simpanan barang lain. Tapi, jika dibuka pada bahagian tertentu, beg berkapasiti 20 liter ini boleh berubah menjadi otopet automatik. Penggunanya tinggal menghidupkan enjin dan bergerak ke mana-mana mereka suka.


 
Gambar: pocketlint
Idea ini terinspirasi dari aduan beberapa pelancong yang kesulitan mencari teksi di lapangan terbang. " Beg ini boleh mengubah wajah ribuan keluarga, " kata seorang jurucakap Micro Scooters. Ini juga berguna apabila seseorang terperangkap dalam kesesakan.



haxim