Di sebuah kampung kecil etnik Tujia, Negeri Guizhou, China, tinggal seorang wanita muda yang boleh menulis, memasak atau menyulam tanpa jari tangan. Peng Jianya, 24 tahun, kehilangan kedua-dua tangannya dalam api semasa masih muda. Keluarganya tak mampu membayar pembedahan. Dengan ketekunan luar biasa dan dorongan dari gurunya, ia belajar menggunakan pena dan menulis seperti kanak-kanak lain.




" Ketika masih kecil, saya tak boleh memegang penyepit. Sukar mempelajarinya dan sangat lama, tapi saya dapat mengatasinya. Saya sedar semua orang harus berusaha keras untuk setiap usahanya. "

Setelah berkahwin pada usia 18 tahun, Peng ingin membantu keluarganya mencari nafkah. Ia ingin belajar sulam cucuk - silang, dan walau pertamanya sangat sukar, ia semakin mahir seiring dengan masa dan latihan. Ketika ini, Peng boleh menyulam kurang dari lima saat, dan khabarnya, boleh selesai lebih cepat dari orang  yang memiliki jari.

" Saya kumpulkan beberapa orang untuk menyulam pemandangan indah kampung kami untuk cenderamata mata bagi pelancong. Dan juga kami boleh memperolehi wang lebih. " Kini banyak pelancong yang berkunjung ke kampungnya untuk melihat kemahiran Peng yang luar biasa.




haxims