Dalam banyak hal, Ivan Stoiljkovic tidak berbeza dengan kanak-kanak berusia enam tahun yang lain di kotanya.
Dia senang bermain bola di taman rumah keluarganya dan belajar bermain piano sebagai hobinya.
Tetapi ada beberapa bahagian tubuh Ivan yang memiliki daya magnet membuatnya sangat berbeza. Ivan memiliki kemampuan melekatkan benda-benda logam ke tubuhnya.







Ivan Stoiljkovic, kanak2 enam tahun asal Croatia mampu menahan benda logam di tubuhnya, sementara keluarganya juga mendakwa dia memiliki kekuatan tambahan dan boleh menyembuhkan penyakit.



 
Ivan boleh membawa objek logam yang melekat pada tubuhnya hingga 25 kgAda juga tuntutan dari keluarganya di Koprivnica, Croatia Utara, yang mengatakan bahawa Ivan memiliki kekuatan yang luar biasa dan bahkan boleh menyembuhkan penyakit.
Ketika Ivan membuang kemejanya, dia mampu menahan benda-benda logam seperti sudu, telefon dan bahkan benda berukuran besar seperti kuali menggoreng di tubuhnya.
Menurut keluarganya, jumlah keseluruhan berat benda-benda logam yang boleh Ivan bawa hingga 25 kg melekat di tubuhnya.



 
Ivan tidak hanya bermagnet tapi juga lebih kuat berbanding rakan-rakan seusianya."Saya tidak ada masalah memegang benda-benda logam, tapi akhirnya penat juga ," kata Ivan.
Menurut keluarganya, Ivan juga menggunakan tangannya untuk mengurangkan rasa sakit perut datuknya dan mengurangkan rasa sakit tetangganya yang kakinya terluka dalam kemalangan traktor. [Facemashpost]
Sang datuk berkata, ketika cucunya meletakkan tangannya di perutnya, tangan Ivan jadi sangat panas dan rasa sakit itu pun hilang.




Kekuatan magnet Ivan serupa dengan penjahat berkekuatan magnet dalam siri komik dan filem X-Men yang dimainkan oleh Sir Ian McKellen (tengah)"Ketika sesuatu melukai kami, kami meminta Ivan untuk meletakkan tangannya pada bahagian tubuh yang sakit dan rasa sakit pun menghilang dalam sekejap," kata Dragica.
Tidak hanya itu, Ivan juga dituntut lebih kuat dari anak-anak lain seusianya dan dapat dengan mudah membawa karung berisi simen seberat 50 Pound.
Kemampuan Ivan ini mirip dengan karakter Magneto yang dipaparkan dalam komik dan filem X-Men, iaitu seorang mutan yang memiliki kemampuan memanipulasi logam.
Magneto dimainkan oleh Sir Ian McKellen dalam trilogi filem X-Men, dan akan dimainkan oleh Michael Fassbender dalam filem sekuel X-Men mendatang berjudul First Class.




kredit gambar:osserem