Bagi korang yang pernah tengok cerita seram ni mesti minat perkara-perkara yang menyeramkan ini.
Perempuan ini yang bernama Annelisa Michael adalah seorang gadis katolik German yang dirasuk oleh syaitan.




 Berikut ialah cerita mengenai bagaimana mereka mengusir syaitan keluar dari badannya.

 Setelah Gereja Katolik memberi kebenaran, ritual eksorsisme( membuang hantu) dilakukan selama kira-kira sepuluh bulan pada tahun 1976. Sebanyak enam puluh tujuh sesi eksorsisme diadakan, satu atau dua setiap minggu, beberapa berlangsung hingga empat jam. Semasa sesi itu, Anneliese menunjukkan kekuatan hampir tak seperti wanita, kadang - kadang memerlukan tiga orang dewasa untuk menjatuhkannya. Ketika  dia menjadi lebih kuat, rantai digunakan untuk mengikat dirinya di tempat tidur. Dia bercakap dalam bahasa yang berbeza dan pelbagai suara. Berbicara dalam bahasa Bahasa Ibrani, dia mengatakan, " Kami adalah orang - orang yang tinggal  di dalam badannya. Saya salah satu yang tinggal di dalam Kain. " Seorang rohaniwan Katolik, terkejut apabila suara menakutkan itu keluar dari mulut Michele.

Ketika eksorsisme, orang - orang di seluruh rumah boleh mendengar suara menjerit-jerit dan memecahkan kaca. Anneliese enggan ditunjukkan benda - benda keagamaan hingga ia mendorongnya dan memcahkan gambar Yesus dan merosakkan tasbih. Dia sering menanggalkan pakaiannya, kencing dan buang air besar di tingkat.

Hari terakhir dari ritual Eksorsisme dilakukan pada tarikh 30 Jun 1976. Untuk ibunya, ia mengucapkan kata - kata terakhir, " Ibu, aku takut " Malam itu., Anneliese Michel meninggal dalam tidurnya. Laporan autopsi menyatakan bahawa kematiannya akibat dari kekurangan gizi dan dehidrasi.


Video:


sumber: http://artikelmenarik.wordpress.com/2010/05/22/1000/