Seekor katak di China berjaya ditangkap menggunakan kamera pada ketika  melakukan suatu hal yang sangat menyalahi undang - undang alam, mengunyah seekor ular! Gambar katak yang sedang mengunyah seekor ular ini diambil oleh seorang pelancong di taman Gunung Qingcheng, di Sichuan, China Tengah. Ran Longzhong, dari Chongqing, mengaku masih kurang faham dengan pemandangan yang dilihatnya, dan merasa bertuah kerana dia membawa kamera.


" Waktu itu aku sedang  berjalan - jalan di pergunungan, entah kenapa, tiba - tiba katak yang lagi makan ular ini menarik sangat, apatah lagi  waktu itu si ular masih kelihatan masih bergerak, " katanya. " Sekitar lima minit kemudian, ular tadi sudah masuk ke dalam perut si katak. Sampai sekarang susah nak dipercayai, seekor pemangsa akhirnya berpindah ke perut mangsanya.Lama - lama rantai makanan jadi terbalik ni...