Hujan ais telah membasahai Kota Mekah pada Sabtu, ( 1/10/2011 ) atau sesaat sebelum magrib waktu Makkah, Arab Saudi. Hal ini dikatakan oleh Wakil PDIP Saudi di Jeddah, Syarif, Isnin ( 3/10/2011 ).



" Hujan bercampur ais tersebut tidak membasahi Makkah. Akan tetapi, di kawasan Jabal Nur dan sekitarnya yang memang kawasan pergunungan, " ujarnya.

Kejadian tersebut berlangsung cukup lama, sekitar 30 minit. Syarif menjelaskan, hujan ais yang terjadi sebenarnya bukanlah kejadian yang istimewa. Kejadian ini pernah terjadi sebelumnya, dua tahun berturut - turut.

" Tidak ada kesan yang serius bagi masyarakat. Memandangkan, itu sudah pola alam. Lagipun masyarakat Arab sudah biasa dengan perbezaan suhu ekstrim, terutama di malam hari. Suhu malam boleh mencapai 10 darjah celcius, pada siang  hari di atas 40 darjah celcius, " Syarif menjelaskan. [ tribunnews.com ]