Pihak keselamatan sebuah negara pasti sangat ketat dalam menjaga keselamatan ketua negaranya. Tapi, pada kes ini kelihatan, keselamatan sepertinya tidak bersedia mengatasi gangguan dari tetamu tak diundang dan tak disangka - sangka.


Kejadiannya pada masa Presiden Zambia, Rupiah Banda sedang mengadakan sidang akhbar. Semua orang kelihatan serius. Tiba - tiba, SiPresiden menoleh ke atas, kerana merasa ada sesuatu yang mengenai dirinya dari atas.

Ketika menoleh ke atas, Kuala melihat seekor monyet sedang bertenggek santai di atas pokok berhampiran tempat duduk. Ternyata, Si Presiden telah dikencingi si tetamu tak diundang itu, siapa lagi kalau bukan si monyet!
Monyet tersebut merupakan salah satu dari banyak kera yang bersarang di pokok-pokok yang terdapat di luar pejabat Banda.

" Kamu mengencingi sut saya, " katanya pada si monyet itu. Walaupun sedikit kesal,Banda cuba berjenaka. " Mungkin ini adalah sebuah berkat ", katanya. Yang lucunya lagi, apabila disorot dengan kamera, si monyet kelihatan seperti mengalihkan mukanya, seolah-olah tidak mahu di sorot oleh kamera.



http://unikboss.blogspot.com/2010/09/presiden-pertama-di-dunia-yang-di.html