Seorang kanak-kanak bernama Caroline Gonzalez telah menamakan sebuah jalan dengan nama  Justin Bieber Way di sebuah bandar di Forney, Texas.

Kanak-kanak berusia 11 tahun itu telah diberi peluang untuk memerintah bandar tersebut selepas terpilih dalam satu acara menjadi Datuk Bandar sehari kepada seluruh penduduknya.

Kerana pemilihan tersebut, Gonzalez telah menukar sebuah nama jalan di bandar tersebut kepada penyanyi kegemarannya, Justin Bieber.
Sewktu ditanya alasan berbuat demikian, dia menjawab: "Saya suka muziknya, saya juga suka dia. Jadi saya menamakan sebuah jalan dengan namanya sebagai penghormatan," katanya.