Seorang warga China, Tao Xiangli, yang hanya lulusan Sekolah Rendah sangat kreatif dalam merancang pelbagai barang dengan rekaan sendiri di antaranya yang terkini dan spektakuler adalah Kapal Selam buatan tangannya sendiri yang dirancangnya menggunakan bahan drum - drum minyak bekas dengan jumlah berat sampai 1,6 ton demikian dikutip dari Zhong'an Online.

Kapal selam buatan sendiri ini juga mempunyai beberapa kelengkapan di antaranya mempunyai periskop, pengawal kedalaman tank, motor elektrik, manometer, dan dua baling - baling.
Waktu yang dihabiskan oleh Tao untuk menyelesaikan semuanya ini sekitar 2 tahun dan kapal selam ini boleh beroperasi sehingga kedalaman 10 meter di bawah paras laut. Tao sendiri sudah menghabiskan kos untuk projeknya ini hingga sekitar hampir Rm 50 ribu( 30 ribu Yuan ) 

CT: sepuluh billion untuk kapal selam yang tenggelam tak leh timbul2 XD