Stesen televisyen Al - Alaan, Arab Saudi menayangkan sebuah video amatur yang didakwa mengandungi rakaman persiapan pengebumian Moammar Khadafi, puteranya Moassim, dan Menteri Pertahanan Abu Bakr Yunis di gurun Sahara. Hal ini terus mencetuskan kehebohan.





Sebagaimana dimuatkan oleh  harian Telegraph pada Rabu 26 Oktober 2011, video dengan kualiti gambar yang tidak terlalu bagus itu menunjukkan sebuah upacara pemakaman berhampiran bandar Misrata. Peti jenazah terbuka yang diserlahkan kamera mengandungi jenazah Ghadafi, Moassim, dan Yunis.
Peti yang digunakan diambil dari tempat persembunyian Khadafi yang diserahkan pada dua ahli National Transitional Council. Mereka lalu mengadakan upacara pemakaman di sebuah gurun yang dirahsiakan.

Dalam video, seorang ulama yang diyakini sebagai Khaled Tantoush yang dekat dengan Ghadafi, kelihatan melakukan solat jenazah. Tantoush solat di sebuah bilik yang samar-samar cahayanya dengan disaksikan beberapa orang.
Dua sepupu Ghadafi, yakni Mansour Dhao Ibrahim dan Ahmed Ibrahim dilaporkan turut mengikuti solat. Mereka berdua sempat ditangkap bersama Ghadafi semasa NATO mengebom konvoi kenderaan yang hendak meninggalkan Sirte.






http://maskolis.blogspot.com/2011/10/video-pemakaman-khadafi-bocor.html