Selamat tinggal " Super Sic "


Simoncelli yang mengalami kemalangan di selekoh 11 lap kedua GP Sepang, Malaysia petang semalam akhirnya meninggal dunia. Penyebab kematiannya ialah kecederaan di dada, leher dan kepala.

Sebagaimana diungkapkan Dr Michele Macchiagodena, cedera di tiga lokasi itulah yang mengorbankan Simoncelli. Pengarah perubatan itu menyatakan punca kematian Simoncelli melalui sidang akhbar petang tadi.

Simoncelli yang terus diberikan CPR sejak pertama kali sehingga 45 minit kemudian ia tetap tak boleh diselamatkan. Simoncelli pun meninggal pada pukul 16.56 ( waktu Malaysia ).

Perlumbaan yang baru berlangsung dua lap itu terpaksa dihentikan setelah red flag dikibarkan. Tergelincirnya Simoncelli yang diduga kerana grip ban depan yang hilang, membuat Edwards tak sengaja merempuhnya. Rossi yang beradi samping Edwards juga terkena serpihannya.

Edwards menderita  bahu lari, Rossi hanya tersenggol dan tidak jatuh. Malang bagi Simoncelli, kemalangan tersebut merebut nyawanya. Padahal musim ini, Simoncelli menunjukkan perkembangan yang bagus sejak bergabung dengan Honda Gresini.

Biografi singkat Marco Simoncelli


Simoncelli lahir di Itali pada 20 Januari 1987 dan memulakan kerjaya pertamanya di usia 9 tahun lewat acara Itali Minimoto Championship. Pemandu berambut kerinting ini pernah berselisih faham dengan Dani Pedrosa dan juga Jorge Lorenzo.

Perselisihan itu tak lepas dari perangai Simoncelli yang garang dan terkesan  di litar MotoGP. Akibatnya, ia pernah menyebabkan Dani Pedrosa berehat selama beberapa pertandingan gara - gara kecederaan. Simoncelli juga pernah hampir menjatuhkan Jorge Lorenzo.

Kesimpulannya, prestasi pemandu berjuluk " Super Sic " tersebut mulai kelihatan mnginjak naik ketika bergabung dengan Honda Gresini pada tahun 2010. Sayang, kemalangan di Litar Sepang, GP Malaysia Minggu ( 23/10 )  meragut nyawanya di usia yang baru 24 tahun.

Semoga keluarga dan kerabat diberi ketabahan.

http://gugling.com/2011/10/23/inilah-penyebab-kematian-marco-simoncelli/