Andrew Keith Johnson (sumber : Google)


SHELBYVILE - Seorang remaja lelaki dijatuhi hukuman 27 tahun penjara setelah terbukti membunuh anak kandungnya sendiri kerana merasa terganggu ketika asik bermain game.

Andrew Keith Johnson mengaku bersalah mengenai pembunuhan yang dilakukannnya pada Oktober 2010 yang mengorbankan anak pertamanya sendiri yang bernama William Johnston. Demikian seperti dikutip Yahoo News, Sabtu ( 22/10/2011 )

Mike Randles salah seorang Peguam dalam persidangan itu, berkata Johnston telah memberikan kenyataan bertulis yang mengandungi tentang dirinya yang terganggu apabila anaknya menangis dalam pangkuannya. Kemudian si anak juga dianggap mengganggunya ketika Johnston sedang bermain video game.

William dikhabarkan menderita pendarahan otak dan meninggal seminggu selepas dirawat di rumah sakit. Laporan autopsi mengatakan William meninggal kerana trauma yang tidak sengaja.

Menurut Peguam penuntut am, Johnston telah memukul anaknya dengan sangat keras, mengguncangnya dan juga melemparnya. ( tyo )