Semasa Admin masih kecil, admin pernah bermimpi bermain dengan bebas di awan yang putih dan luas. Tigo Baros, seorang pereka
nampaknya boleh menjadikan mimpi admin menjadi kenyataan.
Berjalan di atas awam nampaknya suatu yang mustahil. Tapi , bukan ke orang-orang seperti Wright bersaudara dan Thomas Edison telah
menunjukkan kepada kita bahawa perkara yang mustahil boleh terjadi.
Passing Cloud yang merupakan konsep inovatif dari seorang arkitek di New York ini ialah berteraskan
alat pengangkutan yang boleh membawa penumpang belayar di atas awan.

Menurut Barros, kenderaan ini dibuat daripada belon-belon yang diselimuti oleh kain-kain nilon yang khas. Belon-belon ini disatukan agar membentuk
satu platform seperti awan. Pergerakannya pula menggunakan tenaga angin.

Tentu konsep ini sangat menarik bagi mereka yang ingin merasai kenikmatan bersantai di atas awan. Tapi sayangnya Barros tidak memberitahu
bila mimpi ini akan menjadi kenyataan.