Perfileman di India terus berkembang. Dari situlah muncul bintang-bintang Bollywood yang berbakat baik pelakon mahupun artis. Industri filem Bollywood tak hanya memanjakan para penggemarnya dengan filem bermutu tetapi juga mendedahkan dan mengasah bakat para aktrisnya. Di samping itu, mereka juga memanjakan mata penonton dengan penampilan para artisnya yang terkenal dengan kecantikan dan tubuhnya yang comel dan seksi.





Pelakon Bollywood pun sedar jika bakat, wajah cantik dan tubuh seksi merupakan aset berharga bagi mereka sebagai seorang bintang. Para pelakon ini dianggap telah memberikan sumbangan yang signifikan untuk kemajuan industri filem Bollywood. Para pelakon ini juga mendapat honor yang mahal apabila membintangi filem.Jadi, siapakah pelakon terseksi di Bollywood?

1. Katrina Kaif
 
Kemampuan lakonan pelakon Bollywood yang satu ini memang tak diragukan lagi. Kecantikan dan juga tubuh gentelnya juga telah mendapatkan pengakuan dunia. Katrina pernah mendapatkan gelaran sebagai Wanita Asia Terseksi di dunia versi Eastern Eye empat tahun berturut - turut.Dia meraih gelaran tersebut pada tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011.


Katrina dikenali sebagai pelakon yang mempunyai wajah seperti patung. Dia dianggap mempunyai kecantikan yang sempurna. Media Bollywood menggambarkan artis kelahiran Hong Kong ini sebagai wanita yang cantik, elegan dan menawan. Begitulah mereka menggambarkan keindahan Katrina. Kecantikannya itu semakin lengkap kerana disokong tubuh yang sempurna. Ia dianggap sebagai saingan Jennifer Lopez kerana mempunyai punggung yang indah.

Film ' Boom ' menjadi debut lakonan Katrina. Dan filem itu berjaya menjadi box office di India. Dari situ, Katrina terus mendapatkan sejumlah tawaran untuk berlakon seperti dalam filem ' New York ' dan ' Rajneeti '.



2. Aishwarya Rai 
 
Aishwarya Rai adalah salah satu pelakon terkenal Bollywood. Sama dengan artis India yang lain, Aishwarya Rai juga memulakan kariernya sebagai model di usia muda. Matanya yang indah dengan warna hijau membuat Aishwarya Rai mencuri perhatian. Kejayaan Aishwarya di dunia model ditunjukkan dengan kejayaan wanita kelahiran 1 November 1973 ini menggondol predikat sebagai Miss World 1994. Seperti sudah boleh diteka, prestasi tersebut membawa Aishwarya sebagai pelakon.


Walaupun banyak bintang - bintang muda yang muncul, pesona menantu pelakon Amitabh Bachchan ini tak pernah pudar. Ia masih dianggap sebagai salah satu bintang Bollywood yang bersinar dan masuk dalam senarai artis papan atas di negara tersebut.


Tentu saja prestasi Aishwarya di dunia lakonan tak boleh dilepaskan dari kecantikan yang dimiliki wanita yang sedang hamil muda ini. Ia dianggap mempunyai kecantikan semulajadi dan tubuh yang menawan. Tubuhnya yang ramping dan melengkung itu merupakan dambaan semua wanita di dunia ini.




3. Preity Zinta 
 
Di Bollywood, Preity Zinta dikenali sebagai seorang pelakon yang memiliki wajah cantik dengan lesung pipi serta bakat lakonannya. Sebagai seorang pelakon, Preity Zinta telah berjaya mendapatkan banyak anugerah dari dunia lakonan yang telah membesarkan namanya. Dia juga sangat memilih dalam memilih tajuk filem yang akan dibintanginya.Dia hanya berlakon untuk satu filem dalam setahun.


Preity Zinta juga tahu apa yang harus dilakukannya ketika dia menerima kritikan pedas terhadap watak yang dibintanginya. Dengan kecantikann, kepintaran dan juga bakatnya membuat produser selalu mencari artis ini untuk menjadi pelakon utama dalam sebuah filem.