Sukar nak  dipercayai bagaimana para peserta sanggup melakukan pertandingan ini. Apa yang dilakukan oleh para lelaki ini memang nampak sedikit menggelikan buat kita, tapi tidak untuk ahli yoga. Teknik ini cukup diminati oleh para ahli yoga, kerana menurut mereka dengan memasukkan air ke hidung dari satu rongga dan mengeluarkan melalui rongga yang lain boleh membantu kita untuk mengubati pelbagai gangguan kesihatan seperti jangkitan sinus, alergi, sakit kepala, bahkan stress. Mereka menyebutnya Jala Neti.