Bagi anda yang mempunyai kebiasaan bermesraan atau bahkan bercinta di dalam kereta,  anda harus hentikan tabiat buruk tersebut. Pasangan yang berasal dari China ini boleh menjadi contoh. Mereka berdua hampir saja kehilangan nyawa ketika bermesraan di dalam kereta dan hampir jatuh dari atas bangunan setinggi 18 meter.


Kejadian tersebut bermula ketika pasangan bernama Qiao Hou, dan Lili Tang yang berasal dari Changsha, wilayah Hunan, China selatan mencari tempat untuk bermesraan. Akhirnya, kereta mereka menuju ke sebuah tempat letak kereta di atas bumbung sebuah bangunan yang sepi.

Di tempat letak kereta tersebut, mereka pun bermesraan. Enjin kereta sengaja mereka hidupkan terus agar udara didalam kereta tetap sejuk kerana ACond yang terus berfungsi.

Tapi ketika sedang asyik bermesraan, entah kerana terlali, transmission sudah berpindah ke gear mundur. Dan teruknya lagi, ketika suasana romantis tersebut pedal gas tertekan sehingga kereta berjalan mengundur dengan cepat dan menghentam tembok

Mujurlah, pasangan yang berada di belakang kereta dengan pantas memijak brek, sebelum kereta tersebut jatuh dari bumbung bangunan setinggi 18 meter tersebut.

Bertuah, kereta belum jatuh. Padahal kalau melihat kedudukannya, situasi itu sangat mengerikan. Sebab setengah badan kereta sudah tergantung. Menyedari akan hal tersebut, Lili Tang pun terus histeria ketakutan 
dan berteriak dari dalam kereta.



Dan bertuahnya lagi, jeritan itu didengar oleh orang lain. Beberapa orang pun membantu pasangan ini keluar dari kereta. " Mereka sangat malu tapi bersyukur masih boleh hidup, " ungkap seorang saksi bernama Hui Ying Wu. [ Forumkami.net ]

cT: haha, bermesraan tak ingat dunia,

ps.:/ kepada pengopy paste,sila backlink ,susah ooo nak translate..