Sebuah video menunjukkan Kumpulan Jazz asal Amerika ini sedang bermain muzik jazz di hadapan segerombolan lembu di kawasan Autrans, Perancis. Video yang di upload ke youtube minggu lalu ini telah ditonton lebih dari 197.000 kali.

Pada mulanya, semasa muzik mula dimainkan, lembu lembu yang sedang makan rumput itu kelihatan memperhatikan pemain muzik itu dan mula mendekati. Sapi sapi itu berbaris kemas dan kelihatan sedang menikmati permainan muzik jazz tersebut.

Kumpulan Jazz ini bernama The New Hot 5 yang terdiri daripada Call Steve pada tuba, Clark Burnside pada klarinet, Daniel Henderson pada trompet, Will Kimball pada trombone dan Joshua Payne pada banjo.