Momen aneh ini berjaya diabadikan oleh Fotografer amatur yang berasal Jerman, Heinz Buls, ketika dia  mengambil gambar katak pokok semasa musim bertelur.


Katak tersebut didapati melompat keluar dari air yang ditutupi lumut dan lalu mendapatkan dahan pokok tepat di atas garis air, dan menggantung di situ untuk beberapa ketika. Tapi katak tersebut tidak mampu meneruskan olahraganya dan menyerah kalah sambil menjatuhkan diri semula ke dalam air.

Gambar ini diperolehi Heinz ketika dia duduk di tepi sungai di Bayern, Jerman.

" Saya  mengambil gambar kodok lain semasa musim bertelur dan tiba - tiba saya melihat situasi yang jarang ditemui. " ujar guru berusia 60 tahun tersebut.


" Tapi beberapa saat kemudian seekor ular muncul tepat di berhampiran dengan tempat katak itu melompat. Jadi saya fikir haiwan amphibi itu mungkin cuba melarikan diri dari ular dengan cara ini. " Tambahnya. [ Dailymail ]