Seorang pemandu mengancam akan menyaman polis trafik kerana telah menyebarkan gambarnya yang sedang meramas payudara pasangannya pada ketika dia sedang memandu.

Deng Jialin, dikenakan denda sebanyak Rm273 ribu kerana didapati melampaui batas kelajuan yang ditentukan. Namun masalah besarnya bukan itu yang membuatnya bimbang.

Dia mengatakan,gambarnya yang kini sudah tersebar di media tempatan merupakan hasil manipulasi digital. Dia pun menyaman polis lalu lintas, yang diyakininya telah menyebarkan fotonya tersebut.

Gambar yang kini beredar menunjukkan Deng tengah memandu kereta Nissan 4WD di jalan raya antara Santai dan Shehong di Wilayah Sichuan, China.

wanita yang berada dalam foto tersebut diketahui adalah seorang mahasiswi dari universiti di kawasan tersebut.

Namun Deng, yang merupakan seorang usahawan, mengatakan bahawa gambar tersebut adalah palsu dan mengancam akan menyaman polis trafik tersebut.

" Saya sedang memandu sendiri pada ketika  itu dan tidak ada seorang pun di sebelah saya, " ujarnya.

Pejabat lalu lintas pun mengatakan akan menyiasat insiden ini dan akan memantau polisi untuk melindungi privasi seseorang. ( Rhs )sumber: [ international.okezone.com ]