Justin Quinnell memutuskan untuk mengambil beberapa foto unik dengan kamera mini yang ia letakkan di dalam mulutnya. Justin ( 49 ) meletakkan kartrij filem tiga inci di belakang giginya agar kamera tersebut boleh tetap stabil dan kemudian membuka mulutnya lebar - lebar untuk mengambil gambar - gambar aneh, dari Sydney Opera House sehingga tab mandinya sendiri. 


Dia mencipta kamera berukuran seperti lubang jarum, dengan meletakkan aluminium foil pada lubang kecil berukuran satu per lima milimeter pada kartrij filem.

Lelaki dari Portishead, Bristol ini kadang-kadang terpaksa menahan mulutnya terbuka lebar dan berdiri diam, di depan sasarannya sampai satu minit untuk benar - benar menagkap gambar yang bagus.

" Sangatlah sukar untuk mengambil gambar dari Lincoln Memorial. Dimana berdiri di depan salah satu laman web yang paling dijaga di Amerika dengan mulut terbuka selama satu minit, anda akan kelihatan seperti orang gila. " katanya




 CT: kreatif giler orang ini.