World 's Finest Chocolate, sebuah syarikat coklat yang berpusat di Chicago, Amerika Syarikat, baru saja memecahkan rekod dunia dengan membuat sebatang coklat raksasa seberat 600 kilogram ( kg ).

Tidak hanya untuk sekadar meraih rekod dari Guinness World Record saja, syarikat coklat ini juga ingin menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa coklat adalah makanan sihat apabila diambil secara baik dan betul.

" Kami sengaja membuat bar coklat ini untuk menjadi contoh hidangan. Kami komited untuk mendidik keluarga tentang makan ( coklat ) yang benar dan tetap aktif beraktiviti dengan cara - cara yang menyenangkan dan menarik, " ujar CEO World 's Finest Chocolate Eddie Opler, sebagaimana dilaporkan Dailymail, rabu ( 14/9/2011 ).