Seorang gadis berusia lima tahun berjaya menggali sebuah fosil  yang dikatakan telah berumur 160 juta tahun.
Emily baldry ( 5 ) menemui fosil Rieneckia Odysseus dengan setinggi 16 inci, di Cotswold Water Park di Gloucestershire dengan bantuan ayahnya Jon, 40.

Diketahui, Rieneckia Odysseus adalah sisa - sisa haiwan yang hidup di lautan selama tempoh Jurassic, yang mempunyai cangkang bermotif spiral dengan duri - duri yang buruk untuk menjauhkan pemangsa. Itulah yang membuat Emily menamakan penemuannya itu ' Spike ' atau ' Duri '.

Ketika ditemui fosil ini diselaputi dalam batu besar lumpur, sehingga Emily memberikannya kepada seorang ahli geologi Neville Hollingworth untuk pemulihan.

Emily bertemu kembali dengan fosil itu pada hari Ahad di Pusat Maklumat berhampiran Cirencester, di mana fosil tersebut dipertunjukkan.


" Sangat menarik untuk kembali melihatnya. Saya sangat senang ketika pertama kali melihat dia dan sekarang Spike kelihatan sangat berkilat. " Tutur gadis asal Chippenham, Wiltshire ini.

" Sangat mempesona melihat mereka memulihkan fosil itu. Selesai dipaparkan di sini kami akan membawanya kembali ke rumah, tetapi akan sukar untuk menyimpannya kerana kita mempunyai anak kecil dan fosil itu sangat tajam. "

" Ini adalah Ammonite pertama dari jenis ini yang ditemui utuh di Inggeris. " kata Dr Hollingworth, yang menghabiskan satu tahun memulihkan fosil tersebut.






sumber :http://www.berita.manadotoday.com/gadis-5-tahun-menemukan-fosil-berusia-160-juta-tahun-hanya-dengan-sebuah-sekop/8331.html