Rakaman video ini menunjukkan seorang gadis kecil berada di belakang stereng sebuah kereta, selamber melalui jalan-jalan sibuk di China, dan usianya masih empat tahun.



Budak itu mungkin belum boleh menunggang basikal, tetapi orang tuanya tetap membiarkannya memandu kereta di sepanjang jalan raya di Jinal, Wilayah Shandong, China.
Video dua minit yang menunjukkan si gadis cilik, yang kelihatan dipanggil Jia Zheng,memandu dengan tenang,bahkan dia potong beberapa kenderaan.






Setelah beberapa minit terdengar suara seorang lelaki yang mengatakan " Jia Zheng, hentikan kereta. Biarkan ayah memandu. "

Sumber: dailymail