Ada sebuah restoran yang mempunyai konsep jualan yang cukup unik di Northamptonshire, Inggeris. Dari namanya saja, yakni Rumah Lapar ( The Hungry Hossee ), sudah dapat diduga bahawa siapa saja yang datang ke restoran ini adalah orang - orang yang sedang dalam keadaan sangat lapar.

Di restoran ini, anda boleh tidak membayar makanan yang anda makan, jika anda menempah ,anda harus makan sorang-sorang.

Kandungan menu besar tersebut terdiri daripada tiga buah sosej, tiga burger, tiga telur matakerbau, tiga potongan bacon, tiga tin kacang merah. Itu saja? Masih ada tambahan tiga waffle kentang, tiga lapis roti kentang, tiga rangkap roti bakar, tiga lapis roti bermentega dan tiga potong puding coklat. Jika dijumlahkan, satu menu hidangan besar itu mengandungi tiga kilogram daging. Dan jumlah keseluruhan kalori sebanyak 7.500.


Jika tidak habis dalam satu kali makan sendirian, menu tersebut harus anda bayar dengan harga 12 poundsterling
Dalam satu hari, Restoran ini rata - rata kedatangan tetamu sebanyak 60 orang. Namun, dari banyak orang yang cuba menghabisi hidangan  besar itu hanya satu orang yang benar - benar sanggup melakukannya. Dia adalah Steven Magee ( 29 ).