cotatua.Blogspot

KAJANG: Seorang pelajar
perempuan tingkatan dua
sebuah sekolah menengah di
daerah ini mendakwa dirogol
rakan lelakinya, pelajar
tingkatan tiga dari sekolah menengah lain di Cheras pada 16
Ogos lalu dan kejadian itu hanya
dimaklumkan kepada guru di
sekolahnya, kelmarin.
Menurut sumber, mangsa hanya
memaklumkan kepada gurunya mengenai kejadian itu berikutan
bimbang dimarahi ibunya. “Mangsa memaklumkan kejadian
berlaku 16 Ogos itu ketika dia
mengikut rakan lelakinya yang
berusia 15 tahun pulang ke
rumah ketika ketiadaan kedua
ibu bapanya. “Rakan lelaki mangsa
menyuruhnya menelan sebiji pil
disyaki pil khayal dan mangsa
hanya menurut sebelum berasa
pening dan tidak sedarkan diri,”
katanya. Beliau berkata, apabila tersedar,
mangsa mendapati dirinya
berada dalam keadaan tidak
berpakaian manakala rakan
lelakinya sudah tiada. Mangsa pada mulanya cuba
menyembunyikan perkara itu
daripada pengetahuan orang
lain, namun, akibat tekanan
perasaan, mangsa menceritakan
kejadian itu kepada guru sekolahnya. Guru terbabit kemudian
memanggil ibu mangsa untuk
memaklumkan perkara itu dan
menasihatkan ibu mangsa
melaporkan kepada polis. Ibu mangsa yang terkejut
membawa anaknya ke Balai Polis
Kajang untuk membuat laporan.