cotatua.Blogspot


KUALA LUMPUR: “Saya dah tak
ada jalan, terpaksa buat
pinjaman dengan along. Sekarang
hutang dah RM15,000. Semua ini
berlaku akibat kecewa dengan
institusi perbankan,” kata Syarifah Azliner Hajar Syed
Khalid, 40. Dia mendakwa permohonan
untuk mendapat pinjaman skim
mikro kewangan dengan
beberapa institusi perbankan
tidak diluluskan tanpa alasan
munasabah manakala permohonan dengan Tabung
Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga
(Tekun) Nasional yang dibuat
pada 13 Julai lalu di Bandar Tasik
Selatan, di sini, masih dalam
status ‘menunggu’. Berikutan itu, dia yang
mengusahakan pakej hantaran
untuk perkahwinan kini dalam
dilema apabila ramai pelanggan
tetapnya mula melarikan diri
berikutan gagal menyiapkan tempahan dalam tempoh
ditetapkan. “Malah, untuk dapatkan
pinjaman along bukan mudah.
Saya terpaksa layan mereka
hampir sebulan di kelab malam. “Jika tak permohonan saya
tidak diluluskan. Untuk buat
pinjaman dengan individu
persendirian, lain pula ceritanya,
saya diajak ke hotel,” katanya
yang mengusahakan perniagaan kecil-kecilan dan beroperasi di
rumahnya di Bandar Tun Razak,
di sini. Syarifah Azliner mengusahakan
perniagaan itu sejak tiga tahun
lalu. Dia mendakwa tidak
mempunyai hutang tertunggak
melainkan lewat membayar kad
kredit dan kereta. Dia mendakwa, pinjaman dengan
along jalan terakhir yang mampu
dilakukan selepas putus harapan
terhadap institusi perbankan dan
agensi berkaitan kerajaan
kerana pelbagai kerenah birokrasi. “Bermula dengan RM2,000,
kemudian saya pinjam sedikit
demi sedikit dan sekarang
angkanya mencecah RM15,000 "+ bunga.