KEADAAN bayi perempuan yang lahir tanpa tempurung kepala di Hospital Medan kat Sumatera Utara,Medan Indonesia -Seorang bayi perempuan iaitu anak kepada Rudi Kusamawanti,27 dan isterinya yang muda sekali 17 tahun,Sari Rianti terkejut apalbila anaknya lahir tanpa tempurung kepala seperti yang diberitakan di dalam Sumut Pos.


Bayi tersebut yang dilahirkan pada Khamis lalu di sebuah klinik di Serdang dekat sini dibawa ke hospital besar di sini untuk menerima rawatan lanjut.
"Saya diberitahu tentang keadaan anak saya daripada bidan. Saya sangat terkejut," kata Sari.
Namun, katanya, di sebalik keganjilan itu bayinya yang seberat 2.1 kilogram berada dalam keadaan baik.
Menurutnya, dia tidak menyangka bayinya akan lahir dengan 'kekurangan' tersebut kerana semasa hamil, dia banyak minum susu dan kerap mengambil jamu untuk menjaga kesihatannya.
Mengulas mengenai keadaan bayi yang masih belum diberi nama itu,pengurus hospital besar berkenaan, Dr. Masdulhaq berkata, tiada pembedahan akan dilakukan terhadapnya.
"Biasanya, bagi kes seperti ini, kami hanya akan melakukan rawatan biasa sahaja," kata Masdulhaq. - Agensi[ohbelog.com]