cotatua.Blogspot
Jika sebelum ini, KRU
mengejutkan industri hiburan
tanahair dengan membina KRU
Studios di Cyberjaya, kini tiba
giliran pengarah filem Malaysia
yang tersohor iaitu David Teo pula untuk membina sebuah
studio filem di Cyberjaya. Desas desus yang semakin kuat
dibicarakan itu, akhirnya dijawab
oleh David atau nama
sebenarnya David Teo Chew Huat
dan membenarkan khabar angin
tersebut. Apapun menurutnya, ianya masih lagi diperingkat awal.
Buat masa ini, David baru sahaja
membuat pembelian sebidang
tanah di Cyberjaya yang bernilai
puluhan juta ringgit. “Saya tidak menafikan sudah
membeli sebidang tanah di
Cyberjaya yang bernilai puluhan
juta ringgit untuk perancangan
membina sebuah studio filem
sendiri. Bagaimanapun, semuanya masih terlalu awal dan belum ada
apa-apa keputusan lagi tentang
projek itu buat masa ini. Yang
baru selesai hanya pembelian
tanah tetapi urusan lain yang
membabitkan pihak-pihak lain masih dalam perbincangan”, kata
David. Bila ditanya adakah tujuannya
membina studio filem itu bagi
menyayingi KRU, menurut David
ianya adalah semata-mata untuk
memperkembangkan
perniagaannya dan bukan untuk menyaingi pihak KRU Studios. OH! ARTIS: TAHNIAH MR DAVID!
SEMOGA LEBIH MAJU DAN
DAPAT MENGHASILKAN LEBIH
BANYAK LAGI FILEM MELAYU
YANG BERKUALITI DARI MASA
KE SEMASA.
ohartis.com/2011/08/david-teo-akan-membina-sebuah-studio-filem-di-cyberjaya/