cotatua.Blogspot
Seperti banyak artikel yang kami
keluarkan sebelum ini, ramai artis
yang telah memilih bulan
September sebagai tarikh
menamatkan zaman bujang
mereka begitu juga dengan artis kegilaan ramai peminat wanita di
Malaysia satu ketika dulu iaitu
Danny X-factor (kini agak suam-
suam kuku). Mungkin dengan keberkatan
bulan syawal mereka mengambil
kesempatan untuk mengakhiri
zaman bujang mereka, maka
bulan september ini penuhlah
dengan berita perkahwinan artis-artis di Malaysia. Kembali dengan cerita Danny
yang akan melangsungkan
perkahwinan pada 16 september
ini bersempena dengan cuti
sambutan Hari Malaysia dan
sambutan Kemerdekaan tahun 2011 pada hari tersebut. Beliau
akan berkahwin dengan seorang
pramugari, Fazlin Zakaria yang
menjadi tunang beliau sejak 30
Mac lalu. Perkahwinan mereka akan
dilangsungkan di Kampar, Perak
dan ianya akan dilangsungkan
dengan penuh kesederhanaan.
Majlis menyambut menantu di
kampung halaman Danny di Pasir Mas dilakukan dua minggu
selepas itu, Majlis persandingan
pula akan dilakukan pada awal
bulan Oktober ini. ohartis.com/2011/08/danny-x-factor-nikah-16-september-2011-ini-tahniah/
cotatua.Blogspot