cotatua.Blogspot

Presiden Kelab Putera 1Malaysia
Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
menyifatkan Misi Bantuan
Kemanusiaan Ke Somalia,yang
merupakan misi dan negara
ke-15 yang akan dilaksanakan oleh kelab tersebut sebagai misi
paling berbahaya dari aspek
keselamatannya.Bagaimanapun,katanya
misi itu akan diiringi oleh rakyat
Somalia yang berada di negara
ini dan Presiden State of Udubland of Somalia Ibrahim
Abdullahi Addo,dalam misi ke
negara berkenaan.Katanya
seramai 66 orang akan berlepas
pada Ahad ini yang dijangka
akan pulang pada 8 September. "Yang penting dalam misi ini,kita
membawa barang-barang
perubatan,ubat dan doktor
seramai 40 orang.Kita akan beri
sumbangan makanan dan
barang-barang peralatan berkaitan perubatan.Kita jangka
akan membeli barang makanan
hampir 200 tan, dan dari sini
juga akan membawa sebanyak
mungkin berikutan kita akan
berlepas dengan pesawat A330 hasil kerjasama AirAsia dan
MAS," katanya kepada
pemberita selepas majlis
pelancaran misi tersebut di Seri
Perdana. Misi tersebut dilancarkan oleh
isteri Perdana Menteri Datin
Seri Rosmah Mansor.Turut hadir
Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony
Fernandes. Bernama Melaporkan Datuk
Abdul Azeez Abdul Rahim juga
berkata mereka akan berurusan
dengan penduduk tempatan
daripada kerajaan peralihan bagi
memastikan bantuan itu diterima oleh kumpulan sasar dan
pegawai berkenaan akan
membawa mereka ke tempat-
tempat yang memerlukan
bantuan terutama di khemah
pelarian.Sementara itu,Ibrahim dalam ucapannya memuji usaha
Malaysia menjadi antara negara
pertama menghulurkan bantuan
kemanusiaan untuk membantu
rakyat Somalia yang merupakan
mangsa kebuluran. Selain mengucapkan terima kasih
kepada rakyat dan kerajaan
Malaysia terutama Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak,Beliau berkata Malaysia
telah mengetepikan perbezaan politik dan ideologi demi untuk
membantu mereka yang dalam
kesusahan. "Hanya Malaysia boleh berbuat
demikian. Kerana di
Somalia,konflik kami biasanya
melalui politik atau ideologi dan
apabila ia datang ke
Malaysia,semuanya hilang," katanya. Ibrahim juga berkata beliau
sungguh terharu apabila beliau
mendapat tahu inisiatif itu
adalah usaha berterusan dan
mengucapkan terima kasih
kepada semua penyumbang. "Datin Seri (Rosmah),anda
dikenali di seluruh dunia kerana
kemurahan hati dan keberanian.
Saya juga mengucapkan terima
kasih kepada Bakti dan
pasukannya," kata beliau. Beliau juga memberi jaminan
mereka akan melakukan apa
sahaja dan mengambil langkah
perlu bagi memastikan
keselamatan anggota Kelab
Putera 1Malaysia.papagomo.com/2011/08/berpuluh-ribu-kanak-kanak-akan-mati-di.html?m=1