Tablet terbaru ciptaan Toshiba ini pantas jadi perhatian. Featurenya yang tak kalah berbanding pesaing-pesaing kuat seperti iPad 2, Samsung Galaxy Tab, dan Motorola Xoom membuatnya patut diperhitungkan di pasaran.


Platform yang digunakan sudah Android terbaru, Honeycomb versi 3.1, yang sudah dioptimumkan untuk produk tablet. Dengan skrin 10 inci, resolusinya cukup tinggi dengan 1280 x 768 piksel.

Prosesor yang digunakan adalah NVidia Tegra 2 dan disokong memori RAM 1 GB. Bahagian depan mempunyai kamera 2 MP dan belakang 5 MP. Untuk keperluan multimedia, pada peranti ini disertakan pula port HDMI, USB 2.0, dan SD card slot.

Kulitnya belakang boleh diganti-ganti dengan pilihan warna yang beraneka ragam. Bahagian itu disebut Easy Grip dan tersedia dalam pilihan warna hijau, biru tua, merah muda, putih, biru muda, dan hitam.

Toshiba Thrive, sebutan untuk peranti ini, sudah boleh ditempah di AS mulai Isnin (13/6/2011) ini, baik di gerai Toshiba mahupun gerai talian Amazon, Best Buy, atau Office Depot. Penghantaran akan dilakukan pada pertengahan Julai 2011.
Toshiba mematok harga 430 dollar AS bagi versi 8 GB, 480 dollar AS untuk 16 GB, dan 580 dollar AS bagi versi 32 GB.
kompas.com